Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…
Syukur alhamdulillah…Terlebih dahulu saya Mohamad Raffie Drahman (MRD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelawat yang baru saja singgah kelaman blog ini. Sebenarnya inilah platform baharu saya untuk bersantai, beramal dan berkongsi bersama-sama rakan-rakan, tuan-tuan dan puan-puan bagaimana tempat kediaman, pejabat, kawasan makan, dan landskap persekitaran mempengaruhi kualiti kehidupan seseorang. Persekitaran yang baik akan membantu meningkatkan gaya emosi dan tahap pemikiran yang lebih bermutu tinggi.
Blog ini diilhamkan di atas kesedaran saya untuk membantu lebih ramai lagi orang diluar sana untuk mengetahui bagaimana cara mengubahsuaian luaran dan dalaman bangunan yang lebih efisien bersesuaian dengan nilai wang yang anda belanjakan. Kesilapan membuat keputusan dalam merancang susunatur yang tidak terancang akan menyebabkan anda berasa tidak berpuas hati apabila kerja-kerja renovasi telah siap dijalankan. Malah ada yang sanggup mengeluarkan ratusan ribu ringgit untuk mengubah semula rancangan pengubahsuaian dengan harapan impian dapat dicapai.
InshaAllah dengan sedikit pengalaman saya selama 12 tahun dalam bidang pengamal senibina banyak membantu saya menjadi lebih matang dalam bidang tersebut. Bermula menimba ilmu dengan bekerja sehinggalah memberanikan diri untuk menerajui syarikat sendiri. MRD Resources atau lebih dikenali sebagai ikon ‘DEKO IDAMAN’ menawarkan kepakaran dalam bidang reka dan bina. Cabaran dan persaingan bukan menjadi isu kepada syarikat ini yang berstatus ekuiti bumiputera untuk menerajui bidang yang kebanyakannya dikuasai oleh bangsa lain. Di sini kami yakin akan kebolehan dan pengalaman MRD Group of Company untuk memasti & menjanjikan kepuasan pelangan adalah keutamaan kami.
Tetapi apa yang penting disini adalah misi & visi utama saya untuk membantu & menambah nilai kehidupan individu dengan lebih sempurna. Ramai orang yang inginkan rumah atau kediaman yang lebih selesa. Rumah kediaman, pejabat dan persekitaran biasanya menjadi alat ukuran bagi status seseorang. Walaubagaimanapun isu yang lebih penting disini adalah bagaimana pula dengan orang yang kurang berkemampuan untuk menikmati kehidupan lebih baik apatah lagi selesa. Tugas kita masih lagi belum selesai selagi masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang masih menghuni di rumah yang usang. Harapan dan doa saya, selagi Allah kurniakan nafas, akal & fikiran selagi itulah setiap apa yang boleh saya lakukan dengan ilmu dan kepakaran saya boleh membantu orang lain walaupun berkongsi idea, pandangan, tips dan pengalaman.
Di dalam blog ini juga saya akan kongsikan hak-hak pembeli selepas membeli rumah/pejabat dengan hanya berpandukan S&P, ‘blueprint’ dan pelan kelulusan pihak berkuasa tempatan. Dan mungkin ramai lagi yang masih belum tahu atau ingin tahu tentang kelulusan pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran untuk memudahkan proses kelulusan pelan. Di negara kita masih banyak lagi peraturan-peraturan yang tidak boleh diseragamkan, factor ini bergantung kepada pihak berkuasa di kawasan masing-masing mengenakan syarat atau paraturan yang perlu dipatuhi. Ramai juga di antara kita yang bercita-cita untuk mendirikan rumah idaman atau pejabat di tapak tanah masing-masing. Di rangkaian blog ini juga saya akan cuba untuk merongkai bagaimana cara dan kaedah yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan sehinggalah siap binaan tersebut. Banyak lagi perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum memilih konsultan atau kontraktor yang bertanggungjawab. Bagaimana pula isu kerosakan rumah setelah mendapat kunci? Berapa lama tempoh tanggunggan kerosakan? InshaAllah, mohon doa dan sokongan anda semua agar kehidupan saya lebih sihat, kaya & berjaya dalam hidup untuk terus memberi sumbangan kepada orang lain. Nantikan tips dan panduan bagaimana untuk melakar dan menyusun atur perabut di ruang tamu agar tampak menarik dan kemas di rumah anda sesi halaman blog yang akan datang.
